Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-
INSPEKTOR
Tanggungjawab
• Mengatur dan merancang langkah-langkah pencegahan jenayah;
• Membuat perancangan dalam operasi-operasi terutama bagi membendung kegiatan kecurian di seluruh rangkaian KTMB dan depoh serta bengkel-bengkel semboyan serta yad simpanan barang-barang lusuh;
• Mengetuai operasi-operasi khas yang dirancang;
• Menjalankan ¡§networking¡¨ dengan pegawai-pegawai Polis di stesen-stesen utama;
• Menjalankan tugas risikian dan pengumpulan maklumat yang menarik perhatian keselamatan yang berkaitan dengan kepentingan KTMB;
• Membuat pemeriksaan dan lawatan di stesen-stesen dan tempat-tempat yang berisiko dari segi jenayah;
• Menjalankan siasatan yang melibatkan masalah tatatertib anggota-angota Polis Bantuan.;
• Membantu Pengurus Besar dalam perlaksanaan tugas menjaga keselamatan di seluruh rangkaian KTMB;
• Menjalankan sebarang tugas-tugas khas yang diarahkan oleh pihak pengurusan KTMB.
Kelayakan
Anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM) berpangkat Sarjan, Sarjan Mejar, Sub Inspektor atau Inspektor yang mempunyai sijil SPM, STPM atau Diploma;
Mempunyai 10 tahun pengalaman dalam PDRM dan rekod perkhidmatan yang baik;
Berumur diantara 35 hingga 49 tahun;
Berpengalaman dan mahir dalam pengunaan senjata api;
Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
Mempunyai tahap kesihatan yang baik;
Sedia bertukar ke mana-mana lokasi rangkaian KTMB;
Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian.
Permohonan yang lengkap bolehlah diemelkan ke
ismawati@ktmb. com.my atau faxkan ke 03-27105353 atau pos ke alamat di bawah tidak lewat dari 24 September 2007:
Pengurus Besar
Sumber Manusia dan Pentadbiran
Keretapi Tanah Melayu Berhad (225943-T)
Ibu Pejabat, Jalan Sultan Hishamuddin
50621, Kuala Lumpur
(Tel: 03-22631120 or 03-22631312)