download now





jawatan kosong DBP


DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

IKLAN JAWATAN KOSONG
 


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh lantikan adalah dipelawa untuk memohon jawatan-jawatan seperti yang berikut:   
        
1)      PEGAWAI PERANCANG BAHASA GRED S41 (KONTRAK)
         -  Penempatan Di DBP Cawangan Sabah
        
 Tangga Gaji : P1T1 RM1468,69 -  P1T27 RM4033.80           RM2421.69

        
         1.1  SYARAT LANTIKAN
a)    Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
b)   Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tepatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai pengalaman tidak kurang daripada tiga (3) tahun dalam penulisan bahasa dan sastera atau penyuntingan/ penterjemahan buku dalam bahasa Melayu; atau
c)       Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mempunyai pengalaman tidak kurang daripada sembilan (9) tahun dalam penulisan bahasa dan sastera atau penyuntingan/ penterjemahan buku dalam bahasa Melayu; atau
d)       Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mempunyai pengalaman tidak kurang daripada lima belas tahun dalam penulisan bahasa dan sastera atau penyuntingan/ penterjemahan buku dalam bahasa Melayu;
   DAN       e)   Kepujian  Bahasa  Malaysia/Bahasa  Melayu  (termasuk  lulus Ujian  Lisan)        pada   peringkat  Sijil  Pelajaran  Malaysia  atau kelulusan  yang diiktiraf               setaraf dengannya          oleh Kerajaan.
   Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa Kadazandusun)
 
2.      PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BAHASA GRED S27 (TETAP)
      –  Penempatan di DBP Kuala Lumpur     
Tangga Gaji : P1T1 RM  963.64 -  P1T26  RM2421.69              RM2421.69
    P2T1 RM1019.30    - P2T26   RM2570.52
    P3T1 RM1077.38    - P3T26   RM2724.19

  
2.1  SYARAT LANTIKAN                 
a)    Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mempunyai tidak kurang dari (6) tahun pengalaman dalam penulisan bahasa dan sastera atau penyuntingan/ penterjemahan buku dalam bahasa Melayu; atau
b)   Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
c)   Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan berdasarkan nilai taraf diploma berkenaan iaitu pada Gred S27: P1T5 atau T6 atau T8);
   DAN    d)   Kepujian   Bahasa   Malaysia/Bahasa  Melayu  (termasuk  lulus  Ujian   Lisan) pada                                peringkat    Sijil    Pelajaran   Malaysia  atau   kelulusan   yang   diiktiraf   setaraf                          dengannya         oleh Kerajaan.
 
 
 
 


3)      PEMBANTU TEKNIK GRED J29 (KONTRAK) 
          –  Penempatan di DBP Kuala Lumpur
 Tangga Gaji : P1T1  RM1239.52    - P1T21  RM2437.42

                                                                                 
      3.1  SYARAT LANTIKAN
      a)    Diploma dalam bidang kejuruteraan, seni bina atau ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
DAN   b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada           peringkat           Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf       dengannya oleh Kerajaan.
 
4)      JURUTEKNIK GRED J17 (KONTRAK) 
         –  Penempatan di DBP Kuala Lumpur     
Tangga Gaji : P1T1  RM 674.45   - P1T26  RM1860.25


 
      4.1  SYARAT LANTIKAN
      a)  Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik-politekn ik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
DAN   b)    Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada           peringkat           Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf       dengannya oleh Kerajaan.
                   
5)      JAGA GRED R1 (TETAP) 
         –  Penempatan di DBP Cawangan Sabah
     
 Tangga Gaji : P1T1  RM479.64   - P1T14  RM872.89
    P2T1  RM511.10 - P2T14  RM920.08
    P3T1  RM543.77 - P3T14  RM968.48


      5.1  SYARAT LANTIKAN
a)    Bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia atau Polis Diraja Malaysia yang telah menamatkan perkhidmatan dengan baik;
b)   Berkebolehan menjalankan bidang kerja seperti yang ditetapkan;
      (Gaji permulaan ialah pada Gred R1: P1T2);
DAN   c)    Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
IMBUHAN DAN ELAUN
Calon-calon yang dilantik adalah layak menerima pelbagai kemudahan dan elaun yang sedang berkuat kuasa dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.                                       
   CARA MEMOHON
Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (Borang Personel 27/99). Borang boleh diperoleh dari Bahagian Pengurusan Personel, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur atau melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 38 sm x 25 sm bersetem 40 sen dan beralamat sendiri . Pemohon juga boleh mendapatkan borang melalui laman web http://www.dbp. gov.my
 
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada :
 
 
KETUA PENGARAH,
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
PETI SURAT 10803,
50926 KUALA LUMPUR.
(u.p.: Pengurus Personel)
 
Tarikh tutup permohonan pada 30 APRIL 2007
 
 

 

 





Login:
Password:
Register? Reset Password

Join our mailing list to get the latest updates.


Copyright © 2007-2008 Alumni USM. Sayangilah USM!
Designed and Developed by Websmith ATP