Jamuan Hari Raya Persatuan Alumni telah diadakan pada 15 November 2006 di Bangunan Sekretariat Persatuan Alumni. Jamuan ini dianjurkan bersama dengan Pejabat Perhubungan Alumni USM ( ALO ) dan Pejabat Perhubungan Antarabangsa. Seramai 150 orang yang hadir pada jamuan tersebut termasuk ahli-ahli Persatuan Alumni USM dan pelajar-pelajar antarabangsa.
Jamuan Hari Raya ini dimeriahkan dengan pelbagai makanan seperti nasi hujan panas, udang sambal pedas, nasi himpit, ketupat, ais kacang dan sebagainya. Selain daripada makanan tempatan, makanan dari luar negara juga disediakan. Makanan ini disediakan sendiri oleh pelajar-pelajar luar negara iaitu makanan dari Thailand, Iraq, Jordan, Indonesia dan Pakistan. Aktiviti ini dimerihkan lagi dengan kehadiran Naib Canselor USM iaitu Yg. Bhg. Prof. Dato’ Dzulkifli Abdul Razak.
Pihak Persatuan Alumni USM mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan Jamuan Hari Raya PAUSM. Kerjasama yang diberikan oleh ALO dan Pejabat Perhubungan Antarabangsa amat kami hargai.

AJK Alumni bersama-sama dengan Yg. Bhg.Prof. Dato' Dzulkifli Abdul Razak dan pelajar-pelajar Antarabangsa

AJK Alumni Sedang Menjamu Selera
Naib Canselor Yg Bhg Prof. Dato' Dzulkifli Abdul Razak dengan salah seorang pelajar antarabangsa

Para Tetamu Sedang Mengambil Makanan
Fiza, Nur dan Zam (ALO)

Sedappp.... Ais Kacang

Masakan Thai

Masakan Pakistan

Masakan Iraq
Kuih Indonesia
