Aktiviti “English Camp”
Persatuan Alumni USM (PAUSM) akan menganjurkan “English Camp” yang akan diadakan sempena cuti sekolah iaitu pada 26, 27, 28 dan 29 Mei 2007 di Kampus USM, Pulau Pinang. Aktiviti ini terbuka kepada murid-murid tahun 4, 5, 6 dan pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM 200 sahaja. Tujuan “English Camp” ini diadakan bertujuan untuk meningkatan penguasaan dalam Bahasa Inggeris sama ada pertuturan atau peperiksaan Bahasa Inggeris di kalangan anak-anak Alumni USM, anak-anak Staf USM dan murid-murid sekolah. Persatuan Alumni USM menyediakan tenaga pengajar yang berkaliber terdiri daripada pensyarah dan guru-guru yang berpengalaman luas dalam pendidikan Bahasa Inggeris. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai aktiviti ini, boleh menghubungi Sekretariat Persatuan Alumni USM di 04-6569370 @ e-mail kepada persatuan.alumni@gmail.com . Tarikh tutup penyertaan pada 21 Mei 2007.
